Abu Darda'
MyPustaka
Blog Pustaka
Kapal Nuh A.S.
Jihad
Air Zam-Zam
Mujaddid
Kisah Teladan
Hiburan
My Photos
Jin, Syaitan, iblis
Score A
Blank
Abu Darda’ Tinggalkan Perniagaan Demi Keunggulan Iman
SELAGI bala tentera Islam berperang kalah menang di beberapa penjuru bumi, sementara itu di kota Madinah muncul seorang ahli hikmat yang mengagumkan, yang daripada dirinya memancar mutiara yang cemerlang dan bernilai.
Ia sentiasa mengucapkan kata-kata kepada masyarakat sekelilinginya: "Mahukah anda sekalian, aku khabarkan amalan yang terbaik, amalan yang terbersih di sisi Allah dan paling tinggi darjat anda, lebih baik daripada memerangi musuh dengan menghentam batang leher mereka, lalu mereka pun menebas batang leher anda, malah lebih baik daripada wang emas dan perak?"
Pendengarnya sama menjulurkan kepala mereka ke muka kerana ingin tahu, lalu segera menanyakan: "Apakah itu wahai Abu Darda?" Abu Darda' memulai bicaranya dengan wajah berseri-seri, cahaya iman dan hikmat, lalu menjawab: "Dzikrullah. " menyebut serta mengingat nama Allah "Walazikrullahi akbar" dan sesungguhnya zikir kepada Allah itu lebih utama.
Bukan maksud ahli hikmat yang mengagumkan ini menganjurkan orang menganut falsafah memencilkan diri, dan bukan pula dengan kata-katanya itu ia menyuruh orang meninggalkan dunia, dan tidak pula agar mengabaikan hasil agama yang baru ini, yakni hasil yang dicapai dengan jihad atau kerja mati-matian.
Benar, Abu Darda' bukanlah jenis orang yang semacam itu, kerana ia ikut berjihad mempertahankan agama bersama Rasulullah SAW sampai datangnya pertolongan Allah dengan pembebasan dan kemenangan merebut Kota Makkah.
Namun, ia adalah daripada golongan orang yang sentiasa merenung dan menyendiri, atau bersemadi di relong hikmah dan berbakti hidupnya untuk mencari hakikat dan keyakinan, menemukan dirinya dalam suatu wujud yang padu, penuh dengan sari hayat dan ghairah kehidupan.
Abu Darda' r.a. ahli hikmat yang besar pada zamannya itu, adalah seorang insan yang dikuasai oleh kerinduan yang amat sangat untuk melihat hakikat dan menemukannya.
Beliau beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dengan iman yang teguh, maka ia berasa yakin dan percaya pula bahawa iman ini dengan segala tindakannya berupa kewajipan dan pengertian, adalah jalan yang utama dan satu-satunya untuk mencapai hakikat itu.
Demikianlah ia tetap berpegang dan secara bulat menyerahkan dirinya kepada Allah, teguh hati, dengan petunjuk dan kebesaran ditempatnya kehidupannya sesuai dengan cetakan dan dasarnya. Ia terus menelusuri jejak hingga akhirnya menemukannya, dan berada di atas jalan lurus hingga mencapai tingkat yang teguh, dan menempatkan kedudukan yang tinggi berserta orang-orang yang sempurna, yakni pada saat ia menyeru Tuhannya dengan membaca ayat-Nya bermaksud: "Sesungguhnya solatku dan ibadatku, hidup dan matiku, hanya untuk Allah semata, Tuhan alam semesta." (Al-An'am:182)
Abu Darda' dalam melawan hawa nafsu dan mengekang dirinya untuk memperoleh mutiara batin dan sempurna mencapai tingkat yang tertinggi. Tingkat tafani rabbani, memusatkan fikiran, perhatian dan amaliahnya kepada pengabdian, menjadikan seluruh kehidupannya semata bagi Allah Rabbul alamin.
Sekarang mari kita mendekati ahli hikmat dan orang suci itu. Tidakkah anda perhatikan sinar yang bercahaya pada sekeliling keningnya? Dan tidakkah anda mencium bau yang semerbak yang bertiup dari arahnya? Itulah dia cahaya hikmat dan harumnya iman. Ssungguhnya iman dan hikmat bertemu pada lelaki yang rindu kepada Tuhannya ini, suatu pertemuan bahagia, kebahagiaan tiada taranya.
Pernah ibunya di tanya orang, mengenai amal yang sangat disenangi Abu Darda', jawabnya: "Tafakkur dan mengambil iktibar atau pelajaran."
Sesungguhnya, ia meresapi dengan sempurna firman Allah di dalam ayat-ayatnya yang tidak sedikit bermaksud: "Hendaklah kamu mengambil ibarat pelajaran, perbandingan dan sebagainya wahai orang-orang yang mempunyai fikiran!" (Al-Hasyr: 2)
Ia selalu mendorong kawannya untuk merenung dan memikirkan, katanya kepada mereka: "Berfikir, tafakur satu jam, lebih baik daripada beribadat satu malam." Dan sesungguhnya beribadat dan bertafakkur dan mencari hakikat menguasai seluruh dirinya dan seluruh kehidupannya.
Pada saat Abu Darda' rela mengambil Islam sebagai agamanya, dan ia bai'at kepada Rasulullah SAW akan melaksanakan agama yang mulia ini, pada waktu itu ia adalah seorang saudagar kaya yang berhasil antara saudagar Kota Madinah. Sebelum memeluk Islam, ia menghabiskan sebahagian besar umurnya dalam dunia perniagaan. Tidak lama kemudian ia masuk Islam. Marilah kita melihat sendiri cerita riwayatnya,: "Aku mengislamkan diriku kepada Nabi SAW. sewaktu aku menjadi saudagar. Keinginanku agar ibadat dan perniagaanku dapat berhimpun pada diriku jadi satu, tetapi hal itu tidak berhasil. Lalu aku kesampingkan perniagaan, dan menghadapkan diri kepada ibadat. Dan aku tidak akan berasa gembira sedikit pun jika sekarang aku berjual beli dan beruntung setiap harinya tiga ratus dinar, sekalipun tokoku itu terletak di muka pintu masjid.
Perhatikan, aku tidak menyatakan kepada kalian, bahawa Allah mengharamkan jual beli. Hanya aku secara peribadi lebih menyukai agar aku termasuk ke dalam golongan orang yang perniagaan dan jual beli itu tidak lalai daripada zikir kepada Allah!" Apakah anda perhatikan kalimat yang berisikan hikmat dan bersumberkan kejujuran? Ucapannya yang meletakkan segala sesuatu pada tempatnya. Ia menerangkan sesuatu sebelum kita sempat menanyakan kepadanya, "Apakah Allah mengharamkan niaga wahai Abu Darda'?"
Huraiannya itu melenyapkan kesangsian yang ada dalam fikiran kita. Diisyaratkannya kepada kita tujuan yang lebih tinggi yang hendak dicapainya, menyebabkannya ia meninggalkan dagang sekalipun ia berhasil dalam hal ini. Ia mencari keistimewaan rohani dan keunggulan yang menuju darjat kesempurnaan tertinggi yang dapat dicapai oleh anak manusia.

What's New with My Subject?
If I didn't include a news section about my site's topic on my home page, then I could include it here.