Program Score A
Pembelajaran Melalui Internet
Program ini adalah sesuai di guna pakai oleh semua pelajar dari sekolah rendah hinggahlah sekolah menengah. Ianya mengandungi latih tubi yang komprehensif menyerupai soalan peperiksaan yang sebenar sebagai ujian untuk membiasakan pelajar dengan pelbagai soalan.
Ianya cukup berkesan untuk mengetahui tahap pengetahuan sebenar serta melatih pelajar menyelesaikan masalah dalam jangkamasa yang ditentukan mengikut piawaian peperiksaan sebenar.
Program ini telah terbukti berkesan kepada semua pelajar yang menggunakannya dari semua bangsa kerana ianya menawarkan grafik yang ringkas tetapi menarik minat pelajar untuk meneruskan latih tubi menjawab soalan.
Syarat untuk mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan ialah dengan menggunakan kaedah “pembelajaran output”, kebolehan untuk mengeluarkan dan menggunakan apa yang telah dipelajari. Ramai pelajar hanya melakukan pembelajaran input – membaca, belajar, menghafal dan mendengar adalah pembelajaran input. Inilah sebabnya ramai pelajar yang mendapat markah yang sederhana.
Untuk menyerlah, anak anda memerlukan pembelajaran output. Ketahuilah bagaimana kami melatih anak anda teknik pembelajaran output kami. Kami telah mengambil masa 4 tahun untuk membentuk satu kaedah pembelajaran output yang cukup komprehensif yang mana ianya telah direka mengikut kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Kami akan membantu dan membimbing anak anda supaya Bersedia Menghadapi Peperiksaan dan mencapai kecemerlangan A. Berlatih mencapai kecemerlangan, keinginan untuk berjaya adalah penting, tetapi keinginan untuk bersedia adalah lebih penting. Apabila tiba hari peperiksaan anak anda akan mengharungi cabaran dengan keyakinan dan mencapai kecemerlangan APendidikan adalah aset yang amat berharga untuk anak-anak anda, pasti anda gembira dengan keputusan yang bakal anak-anak anda capai setelah menggunakan program Score A ini.
HUBUNGI KAMI UNTUK KETERANGAN LANJUT
CYBOARD CENTRE INTERPRISE
TEL : 012 3954 555
kamaruzaman@ajikl.com.my
Demo Score A
Anda boleh mencuba DEMO yang disediakan.
Klik gambar di bawah, kemudian isi ID berikut:
ID : 82828
Lihat Perbezaan Pelajar Di Bawah
Pretasi pelajar ini ketika dalam tingkatan 1 dan tingkatan 2 sebelum menggunakan program Score A.
Tanda merah menunjukkan kegagalan/kelemahan pelajar ini amat ketara dan mendapat kedudukan 40/43 dalam kelas.