Hasan Al Banna Pengenalan
MyPustaka
Blog Pustaka
Kapal Nuh A.S.
Jihad
Air Zam-Zam
Mujaddid
Kisah Teladan
Hiburan
My Photos
Jin, Syaitan, iblis
Score A
Blank
Pengenalan
Jatuhnya pemerintahan Khilafah Islamiyyah pada tahun 1924 merupakan satu tamparan hebat terhadap setiap individu Muslim yang cinta kepada agama-Nya. Sejak dari saat itu, Islam telah diinjak-injak dan dihina serendah-rendahnya. Dunia Islam telah dibahagi-bahagikan sesama kuffar la?natullah sebagaimana makanan dibahagi-bahagikan, bertepatan dengan sabda Rasulullah SAW bahawa umat Islam akhir zaman seumpama makanan yang dikerumuni oleh musuh-musuh.
Khilafah Islamiyyah telah jatuh secara rasminya pada tahun 1924, walaupun secara rohaninya memang telah runtuh jauh lebih lama sebelum itu bermula zaman Kerajaan Bani Umaiyah. Menurut Sufyan Ath Thauri, salah seorang wali Allah yang tersohor- Khalifah yang benar itu hanya ada lima: Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Uthman, Saidina Ali dan Khalifah Umar Abdul Aziz. Namun tidak kita nafikan masih ada beberapa orang lagi bekas Khalifah Islam yang telah cuba mengikut cara Rasulullah saw.
Muslim yang berjuang di bawah naungan jihad telah diperangi habis-habisan, sehingga umat Islam yang tinggal hanyalah Muslim yang berkulitkan Islam- luar Islam lain di dalam. Bahkan semakin banyak pula yang luar dan dalamnya memang tidak Islam lagi, kecuali dimulut. Banyak orang menjadi Islam kerana faktor keturunan, iaitu kerana dilahirkan dalam keluarga Islam. Pemikiran dan budaya Barat diagung-agungkan. Al-Qur?an dan as-Sunnah dilekeh-lekehkan. Pemerintahan negara-negara Islam pula diwariskan oleh penjajah kuffar kepada anak-anak didik mereka yang telah kosong roh Islamnya dan boleh diharap untuk meneruskan dasar-dasar penjajah.
Penjajahan secara ?direct? telah berakhir, tetapi musuh-musuh Islam merancang sesuatu yang lebih dahsyat- iaitu penjajahan secara global, melalui PBB (Penjajahan Berhikmah & Bijaksana). Kalau dulu mereka bebas menghantar tentera mereka ke sana ke mari, kini juga mereka bebas menghantar tentera mereka ke sana ke mari. Apa bezanya? Kalau dulu mereka bebas memonopoli ekonomi negara yang dijajah, kini juga mereka masih bebas untuk memonopoli mana-mana negara yang mereka suka awalaupun tidak mereka jajah. Apa bezanya? Kalau dulu mereka bebas membentuk sistem pentadbiran sendiri di negara-negara jajahan, kini pun sistem pentadbiran mereka masih terus berjalan di negara-negara itu. Apa bezanya?
Inilah permainan yang sedang berjalan- membiarkan kita seronok melaung merdeka tetapi hakikatnya masih sama, masih dijajah seperti dulu juga.
Benar. Allah SWT telah menjanjikan menerusi lidah Rasul-Nya, akan muncul setiap 100 tahun seorang Mujaddid yang akan menghidupkan kembali ajaran-Nya dan menyalakan kembali api perjuangan para Nabi dan Rasul serta para Sahabat. Antara ciri-ciri seorang mujaddid ialah perjuangannya amat berlainan dengan taifah-taifah yang sezaman dengannya, dia membawa minda perjuangan Islam yang baru- yang belum pernah ada sebelum itu, perjuangannya zahir di awal kurun Hijrah, perjuangannya merebak begitu cepat ke seluruh pelusuk dunia Islam, mendapat tentangan yang hebat pada mulanya walaupun dari dalam dunia Islam sendiri, dibantu dengan karamah dan lain-lain.
Ternyata umat Islam tidak perlu menunggu lama untuk menyaksikan kebangkitan para pemuda-pemudi Islam yang menggelarkan diri mereka Ikhwanul Muslimin, dipimpin oleh al-Imam as-Syahid Hassan al-Banna (masyhur dengan susunan Ma?thurat yang disusun oleh beliau) pada tahun 1928 di Mesir.
Al-Banna telah menyediakan satu asas Gerakan Islam (Harakah Islamiyyah) yang kukuh berpandukan kepada sirah perjuangan Rasulullah SAW, yang kini menjadi contoh kepada Gerakan Islam hampir di 70 negara di seluruh dunia pada hari ini. Meskipun umat Islam hari ini dipisah-pisahkan oleh sempadan negara akibat daripada semangat nasionalisme yang ditiup-tiupkan oleh penjajah kuffar, namun Gerakan Islam tetap mara dan utuh di setiap negara Islam dalam mendepani cabaran dan tekanan pemerintah dari segenap sudut. Hanya nama yang memisahkan antara satu Gerakan Islam dengan Gerakan Islam yang lain.
Al-Banna merupakan seorang mujaddid, pejuang, penda?wah, murabbi dan pemimpin yang akhirnya menemui syahid di jalan Allah? Kini dunia Islam hanya menunggu munculnya mujaddid baru abad ke-15 Hijrah, yang diharapkan mempunyai semangat Salahuddin al-Ayyubi, bagi memimpin umat Islam mendapatkan kembali kota suci Baitul Muqaddis, yang kini dikuasai Yahudi la?natullah. Yang mempunyai jiwa Muhammad Al Fateh, yang memiliki peribadi Nabi, yang berwatak Rasul, yang berminda Al Ghazali, yang setertib Umar Abdul Aziz.

What's New with My Subject?
If I didn't include a news section about my site's topic on my home page, then I could include it here.