Sumber Kekuatan
MyPustaka
Blog Pustaka
Kapal Nuh A.S.
Jihad
Air Zam-Zam
Mujaddid
Kisah Teladan
Hiburan
My Photos
Jin, Syaitan, iblis
Score A
Blank
SUMBER KEKUATAN DAN SIKAP AL-BANNA
Antara sumber kekuatan al-Banna ialah semangat untuk berdakwah yang luar biasa, yakin dan puas dengan berdakwah, memberikan dedikasi tertinggi dalam dakwah dengan segala kemampuan dan instrumen yang dimiliki. Semua ini merupakan syarat pokok dan karakter fundamental bagi da'i dan pemimpin. Di tangan mereka inilah Allah mengalirkan kebaikan yang sangat banyak.
Kedua, pengaruh yang sangat dalam terhadap sahabat dan murid-muridnya, serta kejayaan yang cemerlang dalam tarbiyyah dan kaderisasi. Beliau pembangun generasi, pentarbiyah bangsa, pemangku madrasah yang sarat dengan ilmiah, fikriyah dan khuluqiyah. Beliau menjadi simbol dan karakter yang senantiasa hidup, bila dan dimana pun kadernya berada.
Ketiga, hubungan yang rapat dengan Allah SWT. Terdapat satu kisah yang diceritakan oleh Umar at-Tilmisani, pengikut al-Banna yang akhirnya menjadi Mursyidul Am Ketiga Ikhwanul Muslimun.
?Pada waktu itu kami sedang melakukan pertemuan di luar kota. Selesai kerja-kerja tersebut kira-kira pukul 12 malam. Kami semua sangat lelah kerana semangat dan kesungguhan kami dalam kerja. Kebetulan kami mendapat bilik yang sama (al-Banna dan Umar at-Tilmissani satu bilik). Saya sudah sangat penat sekali, dan ingin terus tidur, agar esok tidak terlambat bangun solat subuh. Kami berbaring di tempat tidur masing-masing. Tidak beberapa lama beliau memanggilku, "Umar, sudah tidur ?". Aku jawab, "Labbaika, belum Mursyid.". Beliau tidak berkata apa-apa lagi. Tak beberapa lama kemudian, beliau bertanya lagi hal yang sama, "Umar, kamu sudah tidur ?". Aku jawab, "Labbaika, belum Mursyid".
Aku dalam hati bertanya-tanya mengapa beliau melakukan hal ini. Lama beliau terdiam, tiba-tiba beliau memanggil lagi. Karena aku sudah sangat penat, akhirnya aku tidak menjawab, biar disangka beliau aku sudah tidur lelap. Aku sudah sangat penat sekali. Mengira aku sudah tidur, tiba-tiba beliau bangun perlahan-lahan, berjalan sambil memegang kasutnya, menuju bilik mandi. Di dalam blik mandi kudengar beliau dengan sangat hati-hati berwudhu', agar percikan airnya jangan sampai membangunkanku. Kemudian kulihat beliau mengambil tempat di sudut bilik, menghadap kiblat, dan beliau pun solat malam (qiyamullail) beberapa rakaat. Subhanallah. Begitulah ajaran beliau yang sangat melekat di hatiku.?
Keempat, mengelakkan masalah khilafiyyah yang hanya menyeret kepada perpecahan, terutamanya yang melibatkan soal sesat-menyesat, bidaah-membidaah, kafir-mengkafir, syirik-mensyirik, khurafat-mengkhurafat dan sebagainya. Sebagaimana diceritakan sendiri oleh al-Banna,
?Pada suatu malam saya rasakan ada suatu semangat yang aneh di dada peserta pengajian, iaitu semangat pertentangan. Saya lihat para peserta pengajian duduk berkelompok-kelompok. Belum sempat pun pengajian bermula, tiba-tiba saya dikejutkan dengan satu pertanyaan, "Bagaimana pendapat Ustaz mengenai tawassul?"
Saya katakan kepadanya, "Wahai akhi, saya yakin yang engkau bukan hendak bertanya tentang ini saja, kan? Engkau juga ingin bertanya tentang membaca salawat dan Assalamu'alaikum kepada Nabi sesudah azan, tentang amalan membaca surah al-Kahfi pada malam Juma'at, tentang mengucapkan perkataan sayyidina untuk Rasulullah SAW sewaktu tahiyyat, tentang nasib kedua-dua orang ibu bapa Rasulullah di akhirat nanti sama ada ditempatkan di syurga ataupun di neraka, tentang bacaan Al-Qur'an, apakah pahalanya sampai kepada mayat atau tidak, juga tentang halaqoh-halaqoh yang diadakan oleh ahli tariqat, apakah hal itu merupakan bentuk kemaksiatankah ataupun taqarrub kepada Allah." Saya sengaja mengungkapkan kepada mereka tentang berbagai-bagai masalah khilafiyah yang menyebabkan fitnah dan perselisihan keras di antara mereka. Ia pun hairan terhadap apa yang baru saya kemukakan. Dia menjawab, "Ya, benar. Saya memang ingin jawapan mengenai itu semua."
Saya katakan kepadanya, "Wahai Akhi, saya ini bukan ulama. Saya hanyalah seorang guru biasa yang hafal sebahagian daripada ayat-ayat Al-Qur'an, sebahagian hadis Nabi, serta sebahagian dari hukum-hukum agama yang kubaca dalam beberapa kitab, lalu saya berupaya mengajarkannya kepada orang lain. Jika engkau membawa perbincangan kita keluar daripada ruang lingkup ilmu yang saya miliki itu, ertinya engkau telah membuatkan saya berhadapan dengan kesulitan. Siapa yang menjawab tidak tahu, sebenarnya ia telah berfatwa.?
?Oleh itu, jika engkau suka apa yang saya ajarkan dan engkau dapat apa-apa manfaat daripadanya, itulah yang saya inginkan dan silalah dengar. Namun jika engkau menginginkan jawapan dan pengetahuan yang lebih dalam, maka rujuklah kepada orang lain. Tanyakan kepada para ulama yang ahli. Merekalah yang mampu memberikan fatwa kepadamu mengenai apa yang engkau inginkan itu. Adapun saya, hanya setakat inilah ilmu yang saya ada. Sesungguhnya Allah tidak membebankan seorang hamba itu lebih daripada kemampuannya."
Saya sengaja mengambil cara seperti ini untuk memudahkan sahaja, sekalipun sebenarnya saya tahu bahawa si penanya itu tidak memperolehi suatu jawapan. Para hadirin, atau paling tidak sebahagian besar dari mereka, merasa lega dengan penyelesaian seperti ini. Namun saya juga tidak ingin kehilangan kesempatan.
Karena itulah saya katakan kepada mereka, "Wahai ikhwan sekalian, saya sebenarnya tahu benar bahawa di sebalik pertanyaan saudara penanya tadi, dan banyak daripada kalian, hanya ingin mengetahui tentang guru kalian yang baru ini (al-Banna); termasuk kelompok yang mana? Apakah saya masuk dalam kelompok Syeikh Musa ataukah kelompok Syeikh Sami? (2 golongan Islam yang besar pada waktu itu).
?Pengetahuan kalian tentang hal ini sama sekali tidak akan membawa manfaat bagi kalian. Masalah-masalah seperti ini sebenarnya telah diperselisihkan oleh kaum muslimin selama ratusan tahun lamanya dan mereka masih terus berselisih. Meskipun demikian, Allah SWT tetap redha apabila kita saling mencintai dan saling menjalin perpaduan. Allah SWT benci apabila kita berselisih dan berpecah belah.?
?Oleh karena itu, saya berharap agar kamu semua berjanji kepada Allah untuk dapat meninggalkan persoalan-persoalan seperti ini mulai sekarang. Lalu kita bersungguh-sungguh untuk bersama-sama mempelajari dasar-dasar agama dan kaedah-kaedahnya, mengamalkan ajaran-ajaran agama secara umum dan yang kita sepakati bersama, serta kita amalkan kewajipan-kewajipan dan sunnah-sunnahnya sekaligus. Kita tinggalkan sikap takalluf (mengada-ada) dan ta'ammuq (terlalu dalam menyelami persoalan) agar jiwa kita dapat jernih. Tujuan kita hanyalah untuk mengetahui kebenaran, bukan sekadar memenangkan suatu pendapat. Kalau sudah begitu, kita semua secara bersama-sama berupaya mempelajari pelbagai persoalan ini dalam naungan rasa cinta, saling percaya, persatuan, dan keikhlasan. Saya berharap agar kalian dapat menerima pendapatku ini dan agar hal ini menjadi suatu janji di antara kita.?
Saya bertanya kepada mereka, "Siapa di antara kalian yang bermazhab Hanafi, ke mari!" Salah seorang dari mereka maju. Saya bertanya lagi, "Siapa di anatara kalian yang bermazhab Syafi'i?" Salah seorang dari mereka maju. Saya katakan kepada mereka, "Saya akan solat sebagai imam bagi kedua akhi kita ini. Apa yang akan engkau lakukan tatkala saya sedang membaca al-Fatihah, wahai akhi yang bermazhab Hanafi ?" "Saya akan diam saja dan tidak membaca apa-apa!? jawabnya. "Akhi yang bermazhab Syafi'i, apa yang engkau lakukan?? tanyaku. Ia menjawab, "Saya akan membaca al-Fatihah!" Saya bertanya lagi, "Jika kita telah selesai menunaikan solat, bagaimana pendapatmu, wahai akhi yang bermazhab Syafi'i, tentang shalat saudaramu yang bermazhab Hanafi ini?" Ia menjawab, "Solatnya batal, karena tidak membaca al-Fatihah, karena al-Fatihah merupakan salah satu rukun solat!?
Saya lantas bertanya kepada yang lain, "Lalu bagaimana pendapatmu, wahai akhi yang bermazhab Hanafi, tentang solat saudaramu yang bermazhab Syafi'i ini?" Ia menjawab, "Ia telah melakukan tindakan makruh yang bersifat haram (makruh tahrim)!" Saya bertanya lagi, "Apakah salah seorang daripada kamu menyalahkan seorang yang lain?" Keduanya menjawab, "Tidak!"
Saya bertanya pula kepada hadirin, "Apakah kamu semua berani mengatakan yang salah satu dari kedua akhi kalian ini salah?" Mereka menjawab, "Tidak!"
Maka saya pun berkata, "Subhanallah. Kamu semua mendiamkan diri dan tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam hal ini sedangkan ia berkaitan dengan sah atau batalnya solat (iaitu perkara pokok dalam agama Islam). Mengapa kamu tidak dapat bertolak-ansur kepada orang yang membaca tahiyyat disertakan selawat Allahummasolli 'ala Muhammad? ataupun yang membaca "Allahummasolli 'ala Saiyidina Muhammad"

Dari sini fahamlah kita bahawa Hassan al-Banna mahu umat Islam agar saling bertolak-ansur dalam masalah-masalah khilaf seperti kata sayyidina untuk Rasulullah SAW dalam doa tasyahud, tentang bacaan Al-Qur'an, apakah pahalanya sampai kepada mayat atau tidak, juga tentang halaqoh-halaqoh yang diadakan oleh ahli tariqat dan sebagainya lagi. Utamakan perpaduan, jangan menghabiskan masa dan tenaga menuduh sesat, bidaah dhalalah, syirik dan sebagainya ke sana ke mari kerana dalam masa yang sama musuh-musuh Islam akan mengambil kesempatan untuk membaham kita. Apabila kawanan kambing bergaduh sesama sendiri, maka lebih mudahlah kawanan serigala menyerbu mencari mangsa. Fikirkan, kalau dalam masalah pokok iaitu solat itu pun kita masih tidak boleh menuduh sesama sendiri, apatah lagi dalam permasalahan lain seperti tahlil, kenduri arwah, zikir selepas solat, bacaan surah Yaasin pada malam Jumaat, menyambut Maulidurrasul, talkin dan sebagainya. Tidak ada orang Islam yang benar-benar beriman yang sanggup untuk mengatakan salah kepada mana-mana pihak sama ada yang menerima atau yang menolak sebagaimana kisah solat Mazhab Syafie dan mazhab Hanafi tadi.